PROJEK
Bantuan Kewangan: Sumbangan Hari Raya YK 2019 (Mei 2019)
Exco Yayasan Kossan telah bekerjasama dengan para guru dari SK Taman Klang Utama dan SK Rantau Panjang untuk mengenal pasti pelajar yang kurang bernasib baik bagi memberi sumbangan barangan Hari Raya seperti pakaian baru, biskut dan duit raya. Program ini bertujuan meringankan beban ibu bapa semasa musim perayaan. Seramai 150 pelajar dari sekolah-sekolah tersebut telah mendapat manfaat daripada program ini.