PROJEK

Bantuan Kewangan: Rumah Orang Tua Yi Xing (Jun 2018)

Yayasan Kossan telah memberikan beberapa keperluan kepada rumah orang tua ini yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Rumah ini menempatkan 18 orang dan mereka bergantung sepenuhnya atas dana dari orang awam untuk menjalankan operasi mereka. Mereka telah menghubungi Yayasan Kossan disebabkan kekurangan bekalan makanan dan kerusi roda.