PROJEK

Bantuan Kewangan: Yayasan Tan Kah Kee (September 2016)

projects_201609

Yayasan Kossan memberikan bantuan kewangan kepada Yayasan Tan Kah Kee untuk menyokong misi dan usaha mereka dalam bidang keusahawanan dan pendidikan.

Yayasan Tan Kah Kee merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1892. Ia memberi biasiswa dan pengiktirafan untuk golongan usahawan muda dalam usaha mendorong pendidikan dan inovasi dalam kalangan generasi muda.

Yayasan ini memberi tumpuan kepada aktiviti akademik dan pameran, memupuk bakat baru, menyokong program pendidikan, dan lain-lain yang bertujuan untuk melaksanakan dan untuk mempromosikan semangat Tan Kah Kee.

Melalui sokongan dan kerjasama ini, Yayasan Kossan percaya bahawa usaha tersebut akan dapat membantu lebih banyak individu yang memerlukan terutama dalam bidang keusahawanan dan pendidikan.