PROJEK

Bantuan Kewangan: Kawasan Permainan Deria Sensori Sekolah – Ujana Sensori (Ogos 2019)

Yayasan Kossan telah bekerjasama dengan SK Taman Klang Utama untuk membina kawasan permainan deria sensori yang dinamakan kemudahan Ujana Sensori dengan perbelanjaan berjumlah RM12,750. Kemudahan ini membolehkan 107 pelajar berkeperluan khas di sekolah tersebut untuk meningkatkan dan merangsang tahap fizikal dan minda mereka setiap hari semasa sesi terapi. Pelajar-pelajar berkeperluan khas ini terdiri daripada mereka yang menghadapi down sindrom, masalah pembelajaran, cerebral palsi, masalah pertuturan, dan autism. Kemudahan ini diharap akan memangkin perkembangan dan tahap kecergasan para pelajar tersebut.