PROJEK

Bantuan Kewangan: Pemberian Hadiah Hari Raya (Jun 2018)

Yayasan Kossan telah bekerjasama dengan beberapa sekolah untuk mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan kewangan. Sekolah yang mengambil bahagian dalam projek ini adalah Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Batu Belah Klang. Kanak-kanak tersebut telah diberi duit raya, biskut dan pakaian baru untuk perayaan Hari Raya bagi meringankan bebanan keluarga pada musim perayaan. Mereka rasa bersyukur dan gembira kerana mempunyai pakaian yang baru untuk dipakai pada Hari Raya. Memupuk semangat positif di kalangan kanak-kanak adalah penting supaya mereka mendapat inspirasi daripada tindakan kami dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab.