PROJEK

Bantuan Kewangan: Sumbangan ke Rumah Jagaan Warga Emas Sentosa (Oktober 2019)

Yayasan Kossan telah bekerjasama dengan Hospital Columbia Asia Klang untuk membantu keadaan kewangan di Rumah Warga Emas Sentosa terutamanya bekalan keperluan asas yang penting untuk kesejahteraan para residen. Antara peruntukan yang disumbangkan oleh Yayasan Kossan adalah barang makanan dan peralatan mandian. Para sukarelawan hospital juga memberikan pemeriksaan perubatan percuma untuk setiap warga emas di rumah jagaan tersebut. Para penghuni Rumah Jagaan Warga Emas Sentosa amat gembira dengan kehadiran para sukarelawan dan mereka menikmati makanan tengah hari yang disediakan.