PROJEK

Bantuan Kewangan: Pemberian Hadiah Deepavali (Oktober 2018)

Untuk setiap musim perayaan, Yayasan Kossan akan memberi sedikit wang untuk kanak-kanak sekolah yang kurang berkemampuan bagi menolong meringankan beban kewangan keluarga tersebut. Untuk perayaan Deepavali tahun ini, Yayasan Kossan telah melawat sekolah-sekolah berikut: SJK (T) Ladang Batu Ampat, SJK (T) Jalan Acob dan SJK (T) Jalan Meru. Guru besar dan para guru kemudian menyenaraikan nama kanak-kanak yang memerlukan bantuan dan pakaian yang dibuat khas oleh Yayasan Kossan iaitu Pawadai untuk kanak-kanak perempuan dan Modi Suits untuk kanak-kanak lelaki. Ini adalah pakaian tradisional India yang dipakai pada hari perayaan Deepavali. Selain itu, beg cenderahati yang berisi dengan biskut Deepavali dan duit juga dihadiahkan kepada pelajar-pelajar tersebut.