PROJEK
Bantuan Pendidikan: Projek YK Kelas Pintar (Jun 2018)
Banyak sekolah di Malaysia telah melangkah jauh dalam pengajaran interaktif dengan pengenalan Bilik Darjah Abad Ke-21 (21st Century Classroom). Matlamat pengenalan bilik darjah ini adalah untuk memupuk persekitaran pembelajaran yang lebih baik di kalangan para pelajar. Pembelajaran aktif mendorong pemahaman yang lebih mendalam tentang subjek yang diajar dan lebih menarik minat pelajar. Kajian dari seluruh dunia telah menunjukkan bahawa pembelajaran aktif banyak memanfaatkan para pelajar yang mempunyai prestasi yang rendah.
Untuk meningkatkan pengalaman kanak-kanak dalam pembelajaran, Yayasan Kossan sedang mencari dan menilai sekolah-sekolah yang berada di kawasan sekitar yang layak mendapatkan tajaan ini. Sekolah yang kurang mendapat bantuan kewangan dan mempunyai ramai pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah merupakan pilihan yang ideal bagi projek ini untuk diberikan peluang memperbaiki pembelajaran. Antara sekolah yang dinilai adalah SJKT Acob, SJKT Batu Ampat, SJKT Hicom dan SJKT Meru.
Projek ini masih dalam proses penilaian sebelum menentukan calon sekolah yang memenuhi kriteria untuk mendapatkan tajaan tersebut.