PROJEK

Bantuan Pendidikan: Program Subsidi Kembali ke Sekolah YK (November 2019)

Program tahunan Yayasan Kossan ‘Subsidi Kembali ke Sekolah YK’ merupakan satu inisiatif dalam meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan bagi membuat persediaan penggal persekolahan baru untuk anak-anak mereka. Program ini memberi sumbangan wang tunai berjumlah RM500 kepada setiap keluarga yang layak bagi tujuan perbelanjaan persekolahan anak-anak. Untuk tahun 2019, 200 keluarga telah mendapat manfaat daripada program ini dengan jumlah keseluruhan dana bernilai RM100,000.