PROJEK

Bantuan Kewangan: Pelancaran Kelas Pintar (September 2018)

Selepas lawatan ke beberapa sekolah pada tahun 2018 dan menilai keperluan mereka, Yayasan Kossan telah membantu sekolah-sekolah berikut: Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah, SJK(T) Batu Ampat, SK Klang Utama dan SK Rantau Panjang untuk membina Kelas Pintar Abad ke-21 (21st Century Smart Classrooms). Bilik darjah tersebut dilengkapi dengan Smart Screen, sistem bunyi serta meja dan kerusi baru. Setelah pemasangan siap, para guru telah diberikan latihan untuk menggunakan sistem tersebut dengan berkesan.

Kelas Pintar Abad ke-21 (21st Century Smart Classrooms) adalah satu kaedah pengajaran yang canggih pada masa kini. Melalui kaedah pengajaran ini, kanak-kanak boleh berinteraksi dan berasa seronok untuk mempelajari perkara baru. Kami berharap ia akan menjadi satu kaedah pengajaran baru untuk semua sekolah di Malaysia pada masa hadapan.