PROJEK

Bantuan Pendidikan: Tajaan Bilik Darjah (Mac 2018)

Sebuah sekolah tanpa bilik darjah yang mencukupi adalah satu perkara yang paling ditakuti oleh para guru dan ibubapa yang tinggal berdekatan. Ini adalah kerana ianya amat menyusahkan dan mahal untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah lain yang berdekatan. Yayasan Kossan telah menyokong inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah untuk membolehkan pengambilan pelajar dengan mengembangkan infrastruktur mereka. Projek terbaru oleh Yayasan Kossan adalah mewujudkan lebih banyak kemudahan bilik darjah supaya para pelajar boleh merasai pengalaman pembelajaran yang selesa. Yayasan Kossan telah menyokong Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dengan mengubahsuai salah satu bilik darjah mereka yang boleh menempatkan 35 orang pelajar.