PROJEK

Seni dan Budaya: Sambutan Krismas YK (Disember 2019)

Krismas merupakan satu perayaan yang berkonsepkan memberi. Dalam konteks ini, Yayasan Kossan telah menganjurkan sambutan perayaan Krismas di SJK (C) Peng Ming bagi berkongsi aspek tradisional Krismas dengan para pelajar. Sukarelawan Yayasan Kossan datang sebagai Santa Claus dan menyanyikan lagu-lagu karol bertemakan Krismas bersama para pelajar. Yayasan Kossan juga menyampaikan pelbagai hadiah mengikut permintaan setiap pelajar! Para pelajar menyertai pertandingan mewarna bertemakan Krismas serta melengkapkan projek seni dan kraf menggunakan bahan kitar semula. Aktiviti ini merupakan satu penutup yang sempurna bagi tahun 2019 yang dipenuhi dengan rasa sayang, kegembiraan, dan kebahagiaan.