PROJEK
Seni and Budaya: Larian “We Love Klang” 2019 (November 2019)
Yayasan Kossan telah menaja 100 peserta bagi menyertai Larian “We Love Klang” 2019. Larian yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang ini bertujuan untuk menyatukan masyarakat di sekitar Klang dalam usaha untuk menghargai warisan, daya tarikan, karakter, dan tarikan unik setempat termasuk kluster pemandangan kolonial, tempat-tempat keagamaan, sekolah, balai bomba, galeri diraja, dan istana. Ini merupakan satu acara yang baik bagi menghargai keindahan Klang, mengeratkan hubungan, serta mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.