PROJEK

Seni dan Budaya: Pertandingan Tarian Tradisional Antarabangsa (November 2019)

Yayasan Kossan memberikan sumbangan wang tunai kepada 9 pelajar dari SJK (T) Simpang Lima bagi membolehkan mereka menyertai Pertandingan Tarian Tradisional & Budaya Antarabangsa di San Marino, Itali. Para pelajar ini telah membanggakan Malaysia apabila berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Mereka mempersembahkan tarian tradisional India yang telah mengagumkan para penonton dari seluruh dunia. Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan tarian ini dan kami mendoakan kejayaan mereka di masa hadapan.