PROJEK
Seni dan Budaya: Pameran Seni Asia ke-8 (Jun 2016)
Untuk mendorong dan menaikkan semangat seni dan budaya di dalam negara, Yayasan Kossan berbesar hati memberikan bantuan dana untuk menyokong Pameran Seni Asia yang diadakan di Pulau Ketam, Klang, Malaysia. Acara yang diadakan pada bulan Jun 2016 ini merupakan kerjasama bersama antara 4 negara (Malaysia, Singapura, Thailand, dan Taiwan).
Pameran ini mempamerkan karya seni dari 12 negara dan wilayah di Asia – Bhutan, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Vietnam, 12 negara dan Wilayah. Seramai 100 orang telah mengambil bahagian dalam pameran ini. Pameran ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara artis Malaysia dan Asia dan mendedahkan masyarakat Malaysia kepada lebih banyak karya seniman Asia.
Dato’ Lim Kuang Sia, Pengerusi Persatuan Seni Pulau Ketam merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada SGM dan Asian Arts Group atas penganjuran pameran tersebut dan beliau berharap agar pameran tersebut dapat memacu minat terhadap seni Asia. Dato’ Lim menambah bahawa pameran itu menunjukkan pentingnya hubungan harmoni antara manusia dan alam.