PROJEK

Bantuan Kewangan: Lawatan ke Rumah (Oktober – November 2016)

Kemiskinan sering dikaitkan sebagai faktor yang melemahkan pelbagai sifat utama manusia termasuk kesihatan. Golongan miskin kerap terdedah kepada risiko kesihatan dan persekitaran, kekurangan gizi makanan, serta kekurangan informasi dan akses kepada rawatan kesihatan yang membawa kepada risiko penyakit dan kecacatan yang lebih tinggi.

Selain itu, risiko dijangkiti penyakit yang tinggi juga memberi kesan terhadap kestabilan kewangan rumah tangga, masalah pembelajaran, dan mengurangkan produktiviti yang memberi impak negatif kepada kualiti hidup dan meningkatkan kadar kemiskinan.

Anggota exco Yayasan Kossan telah melakukan lawatan ke rumah-rumah di sekitar bandar Klang untuk mengenal pasti keluarga kurang berkemampuan yang memerlukan sokongan kewangan bagi tujuan kesihatan dan pendidikan. Yayasan Kossan telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada keluarga yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama untuk meringankan beban kewangan mereka.