PROFIL KAMI  
VISI & MISI

Visi kami adalah “Menjadikan Hidup Lebih Baik untuk Semua”.

Kami komited untuk:

  • Mewujudkan peluang pendidikan yang adil dan saksama terutamanya untuk mereka yang layak dan yang kurang berkemampuan.
  • Meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas yang terabai serta mereka yang lemah dan kurang upaya.
  • Menyokong pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar untuk kebaikan bersama.
  • Menyokong perkembangan dan aktiviti seni dan budaya.

Yayasan Kossan ditubuhkan dengan objektif untuk membiayai dan menyokong aktiviti-aktiviti dermawan bagi tujuan:-

Pendidikan dan Kesejahteraan Sosial (merangkumi perubatan & kesihatan, persekitaran, seni dan budaya).

Keutamaan kami adalah memberi bantuan secara langsung kepada golongan miskin atau kurang berkemampuan yang terdapat dalam komuniti.