PROFIL KAMI  
Barisan EXCO


BARISAN BELAKANG DARI KIRI: Flora Sii, Benny Lim, Raymond Yap, RK Suppiah, Lokman, Patsy Kuan
BARISAN HADAPAN DARI KIRI: Maz Ismail, Leong Sow Fong, Aileen Lim, Lawrence Lim, Jessica Wong, Catherine Voo, Aliah Kamal

 

 


 

Presiden: EN. LAWRENCE LIM

 

En. Lawrence Lim merupakan Pengarah Eksekutif di Kossan dan juga ahli Lembaga Pemegang Amanah. Selain itu, beliau juga merupakan Pengarah untuk program amal ‘Project Smile’ di Kossan. Dengan adanya bakat kepimpinan semulajadi, beliau merupakan kekuatan dalam mengemudikan Yayasan Kossan ke arah merealisasikan visi philantropik Yayasan Kossan.

Naib Presiden: EN. R K SUPPIAH

 

En. Suppiah merupakan Pengurus Kualiti Kumpulan Kossan. Sebagai seorang sukarelawan yang aktif untuk badan amal swasta termasuk perkara yang berkatian dengan sekolah di dalam komuniti beliau, ini menunjukkan semangat beliau dalam memberikan khidmatnya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Berbekalkan tenaga dan dorongannya, beliau akan membantu Yayasan Kossan untuk mencapai objektif mereka.

Setiausaha: CIK JESSICA WONG

 

Cik Jessica Wong merupakan Eksekutif Kanan dalam Jabatan Pentadbiran di Kossan. Dengan pengalaman beliau selama 7 tahun dalam bidang Sumber Manusia dan Pentadbiran, kemahiran dan pengetahuannya dapat membantu pengurusan pentadbiran Yayasan Kossan.

Ahli Exco: CIK AILEEN LIM

 

Cik Aileen merupakan Pembantu Peribadi kepada Pengarah Eksekutif Jabatan Pemasaran. Beliau merupakan ahli jawatankuasa dalam program amal ‘Project Smile’ dan memberi cadangan serta maklumbalas tentang cara membantu komuniti yang kurang bernasib baik secara berkesan dan cekap.

Ahli Exco: CIK PATSY KUAN

 

Cik Patsy merupakan Pengurus Jualan Antarabangsa Bahagian Teknikal Getah di Kossan. Beliau memiliki pengalaman yang luas bukan sahaja dalam pengendalian acara perdagangan tempatan dan antarabangsa tapi juga komunikasi dan interaksi dengan klien. Setelah berada dengan syarikat ini lebih dari 25 tahun, beliau bersemangat dengan peluang untuk memberikan khidmatnya kepada Yayasan dan mempercayai akan penyebaran nilai kebaikan kepada masyarakat.

Ahli Exco: EN. LOKMAN HUSSEIN

 

En. Lokman merupakan Pengurus Jabatan Keselamatan dan Kesihatan di Kossan. Beliau bersemangat untuk menolong masyarakat dan sering memulakan program kesihatan dan keselamatan demi kepentingan para pekerja di Kossan. Dengan pengalaman beliau yang luas dalam mengendalikan acara, beliau akan dapat memberi sokongan padu dalam barisan projek di bawah Yayasan Kossan.

Ahli Exco: MR. BENNY LIM

 

Encik Benny Lim merupakan Pengurus Kanan Unit Pematuhan Sosial di bawah Kossan Management Services (KMS). Dengan hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Kelestarian, beliau amat bersemangat dalam melaksanakan projek-projek yang memartabatkan komuniti, terutamanya wanita dan kanak-kanak. Beliau juga telah melibatkan diri sebagai sukarelawan di rumah orang tua, rumah anak yatim serta dapur jalanan sepanjang tahun-tahun lalu, dan akan membawa pengalaman tersebut dalam pelaksanaan projek-projek Yayasan Kossan.

Ahli Exco: CIK FLORA SII

 

Flora menyertai KOSSAN pada Mac 2019 dan bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan kesetiausahaan Kumpulan. Beliau percaya bahawa kewarganegaraan korporat yang baik adalah asas kepada pertumbuhan mampan jangka panjang. Beliau juga menyokong projek dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Yayasan Kossan dalam merealisasikan visinya untuk memperbaiki kehidupan semua pihak.