PROFIL KAMI   
KOD TATA KELAKUAN

YAYASAN KOSSAN (“YK”)
KOD TATA KELAKUAN DAN ETIKA AHLI JAWATANKUASA

Mukadimah

Ahli Jawatankuasa YK berpegang teguh terhadap prinsip Integriti, Keadilan, Kejujuran dan Amalan Standard Etika yang Tinggi. Ini adalah janji YK bahawa semua ahli jawatankuasa akan mengikuti dan mematuhi Kod Tata Kelakuan dan Etika, iaitu:-

  1. Untuk melaksanakan tugas dengan tekun dan amanah sepertimana yang diamanahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dan mematuhi peruntukan yang terkandung di dalam Memorandum & Artikel dan Persatuan YK, sama ada secara tersurat atau tersirat, dalam semua aspek pada setiap masa.
  2. Untuk menjunjung tinggi martabat dan kebebasan YK tanpa perlu atau berusaha secara langsung atau tidak langsung, untuk terlibat dalam agenda peribadi untuk kepentingan persendirian atau menimbulkan konflik kepentingan pada YK.
  3. Tidak melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang boleh memudaratkan dan merosakkan nama baik dan reputasi YK.
  4. Tidak sengaja dan dengan sengaja menyalahtafsirkan fakta, maklumat palsu atau janji yang tidak berasas kepada orang ramai.
  5. Tindakan tatatertib dan undang-undang akan dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran kod dan/atau didapati salah laku.