PROFIL KAMI 
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
Biodata Pengasas / Pengarah
- TAN SRI DATO’ LIM KUANG SIA
- LIM SIAU TIAN (LAWRENCE)
- LEE CHOO HOCK
- DR. LEONG KAI HIN @ CHAN KAI HIN CFP, AMN

Tan Sri Dato’ Lim Kuang Sia adalah Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kossan Rubber Industries Bhd. Tan Sri Dato’ Lim, sebagai pengasas Pengarah Kossan merupakan graduat dari Nanyang University di Singapura dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia). Beliau juga mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan (University College) dan Sarjana dalam Kejuruteraan Kimia (Imperial College) dari University of London.
Tan Sri Dato’ Lim juga merupakan Presiden bagi Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (Klang dan Pantai Selangor), Bendahari bagi Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Presiden Kehormat Persatuan Teochew Klang dan Pantai, Naib Presiden Federated Teochew Associations of Malaysia dan Penasihat Kehormat Persatuan Lim Selangor (Cawangan Klang & Pantai). Selain itu, Tan Sri Dato’ Lim juga amat meminati pendidikan, seni dan budaya. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi bagi Sekolah Menengah Pin Hwa, Pengerusi Persatuan Seni Pulau Ketam dan juga ahli Lembaga Pengarah di Sekolah Menengah Hin Hua, Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua dan Sekolah Menengah Persendirian Chung Hua.

En. Lawrence adalah seorang graduan dari University of Central Oklahoma, Amerika Syarikat dalam Sarjana Pemasaran dan telah memperoleh pengalaman kerja yang luas dalam bidang pemasaran dan pembangunan perniagaan.
Selepas menamatkan pengajian, beliau terlibat dengan perdagangan bekalan perubatan pakai buang di Amerika Syarikat dari tahun 1998 hingga 2003, yang berakhir dengan perlantikan beliau sebagai Pengurus Operasi dan Pemasaran. Pada tahun 2003, beliau menyertai Bahagian Sarung Tangan di Kossan sebagai Pengurus Jualan. Hanya dalam 5 tahun, prestasi beliau yang luar biasa dalam melakukan strategi dengan pelanggan utama dan sumbangan beliau dalam penjanaan sumber pendapatan syarikat membolehkan beliau memperolehi gelaran Pengurus Besar Pemasaran.
Pada masa ini, beliau menganggotai Lembaga Kossan Rubber Industries Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif. Selain itu, beliau juga merupakan Pemegang Amanah Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia.
En. Lawrence bukan sahaja seorang ahli strategi yang memberikan layanan dan memastikan hubungan yang baik dengan pelanggan tetapi beliau juga mempunyai wawasan apabila berurusan dengan keperluan pelanggan. Beliau terlibat secara aktif dalam pembangunan produk baru dan memperoleh gelaran pertama beliau sebagai seorang pencipta pada tahun 2009 untuk teknologi yang telah dipatenkan.
Selain itu, En. Lawrence juga merupakan pengarah ‘Project Smile’, yang menjadi menganjurkan program dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat pada setiap suku tahun yang memupuk pemimpin generasi masa hadapan. ‘Project Smile’ ini dimulakan dengan sekumpulan kecil sukarelawan Kossan yang selalu mengatur aktiviti untuk memberi kegembiraan dan senyuman kepada anak-anak yang kurang bernasib baik. Beliau sangat percaya pada daya tarikan positif dan ‘Project Smile’ ini telah mengesahkan kepercayaan tersebut kerana usaha itu bukan sahaja membawa senyuman kepada mereka yang kurang bernasib baik tetapi juga kepada kumpulan sukarelawan yang bersemangat dalam memelihara nilai-nilai sejagat dengan penuh kasih sayang.

En. Lee Choo Hock adalah Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di dalam Lembaga Pengarah Kossan Rubber Industries Bhd. Beliau adalah Akauntan Berkanun yang mempunyai keahlian di Institut Akauntan Malaysia dan Institut Akauntan Berkanun (England dan Wales)(ICAEW). Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan ahli di dalam Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pencalonan.
En. Lee memperolehi kelayakan sebagai akauntan pada tahun 1980 dan mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan dan percukaian. Beliau mula bekerja dengan Malayan Banking Berhad dari tahun 1983 sehingga persaraan beliau pada tahun 2008. Pengalaman beliau dengan Malayan Banking Berhad merangkumi audit dalaman, penyeliaan cawangan, perbankan perusahaan, pembangunan produk dan penyelidikan pasaran, perbendaharaan and pengkomputeran. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Kewangan di Malayan Banking dari tahun 1997 sehingga persaraan beliau pada tahun 2008.
Selain Kossan, En. Lee juga adalah Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di HSBC Bank (Malaysia) Berhad dan HSBC Amanah Malaysia Berhad. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan ahli dalam Jawatankuasa Pencalonan di HSBC Malaysia Berhad. Di HSBC Amanah Malaysia, beliau mempengerusikan Jawatankuasa Risiko dan merupakan ahli dalam Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pencalonan.

Dr. Leong adalah Pengarah Urusan / Pengarah untuk JSI Business Centre Sdn Bhd, Taptin Sdn Bhd dan Topbooks PLT. Beliau menerima Doktor Falsafah, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Sains dalam Pengurusan dari University of Texas di Dallas setelah lulus dengan Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Muda Sains Sosial jurusan Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau juga adalah Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) dari Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia.
Kini, Dr. Leong Kai Hin merupakan Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang, Ahli Majlis Kebangsaan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan ACCCIM. Beliau juga adalah ahli jawatankuasa asing untuk YiWu People’s Association for Friendship with Foreign Countries. Selain itu, beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Jawatankuasa Kebudayaan Yayasan Tan Kah Ki dan ahli Lembaga Pengarah Yayasan Hai-O, Penasihat Persatuan Pemborong Malaysia, wakil ACCCIM ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Institut Integriti Malaysia. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang.
Dr. Leong berkhidmat sebagai Profesor Madya / Penolong Profesor di Universiti Malaya, University of Nottingham (Kampus Malaysia), Universiti Tenaga Nasional, Kuala Lumpur Infrastructure University and Universiti Tengku Abdul Rahman. Beliau juga berkhidmat sebagai Penasihat Subjek Ekonomi, Lembaga Kurikulum Akademik untuk Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.