PROJEK
Pelancaran Rasmi Yayasan Kossan (Julai 2016)
Yayasan Kossan dilancarkan secara rasmi di Wisma Kossan pada 26 Julai 2016. Hadir bersama adalah Lembaga Pemegang Amanah dan para pekerja Kossan Rubber Industries Bhd.
Dalam ucapannya, Pengasas dan Lembaga Pemegang Amanah, Dato’ Lim Kuang Sia menerangkan tentang tujuan utama Yayasan Kossan dalam menyatukan semua aktiviti dermawan bagi memenuhi komitmen Kossan terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Yayasan ini akan memberi tumpuan terutamanya kepada Pendidikan dan Kesejahteraan Sosial untuk menyokong individu yang kurang bernasib baik secara luaran bahkan di dalam organisasi Kossan.
Dato’ Lim Kuang Sia kemudiannya merasmikan majlis pelancaran dengan meletakkan logo Yayasan Kossan pada papan plak diikuti dengan tandatangannya. Semasa upacara pecah tanah untuk menghormati jasa dan bakti yayasan tersebut kepada masyarakat, ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah menanam ‘Pohon Kehormatan’ (Tree of Honour) di perkarangan Wisma Kossan. Mereka kemudiannya bergerak ke pejabat Yayasan Kossan untuk mengambil bahagian dalam upacara pembukaan pejabat baru.
Program tersebut mendapat sambutan yang hebat dari para semua hadirin dan tetamu yang hadir untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pelancaran Yayasan Kossan.