PROJEK

Projek Sosial: Pemberian Sempena Deepavali

(Oktober 2024)

Sempena sambutan Deepavali, Yayasan Kossan baru-baru ini telah menganjurkan satu program kebajikan yang penuh bermakna dengan mengunjungi empat rumah kebajikan untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang memerlukan. Lawatan tersebut melibatkan Sai Pandian Anbu Illam (rumah anak yatim), Pusat Jagaan Anbe Sivam (rumah OKU), Stillwater Golden Villa (rumah warga emas), dan Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Selangor (rumah anak yatim). Mengikut permintaan setiap rumah, Yayasan Kossan telah menyumbangkan barangan keperluan asas serta hidangan tradisi perayaan seperti murukku. Bagi menambah keceriaan, setiap penghuni juga menerima wang saku Deepavali sebagai tanda ingatan.

Program ini mencerminkan semangat Deepavali yang sebenar dengan meraikan perpaduan dan menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. Inisiatif seperti ini mengingatkan kita akan nilai kemanusiaan dan perubahan positif yang dapat dicapai apabila kita bersatu hati. Yayasan Kossan mengalu-alukan sokongan orang ramai untuk turut menyumbang dalam program-program akan datang, demi menyebarkan sinar kegembiraan Deepavali kepada lebih ramai insan yang memerlukan.