PROJEK

Projek Sosial: Belajar Melangkaui Sempadan

(Ogos 2024)

Program Learning Beyond Boundaries telah dijalankan merentasi dua acara berkesan yang direka untuk memperkayakan kehidupan kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang.

Acara pertama berlangsung bersama 33 kanak-kanak dari Tadika Intan Comel di Bukit Tinggi, Klang. Berusia antara 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak ini telah diperkenalkan dengan seni batik canting, di mana mereka mempelajari kaedah mewarna dan kombinasi warna. Setiap kanak-kanak berpeluang mengusahakan pelbagai rekaan batik bagi memupuk kreativiti dan ekspresi artistik mereka. Yayasan Kossan menyediakan juga menyediakan Happy Meal untuk makan tengah hari yang disambut meriah oleh kanak-kanak.

Acara kedua pula melibatkan 35 murid orang asli dari SK Pulau Indah, dari Darjah 3 hingga Darjah 6, dan melibatkan 10 sukarelawan dari Kossan. Acara kemuncak ialah lawatan lapangan sehari ke Petrosains di KLCC yang menawarkan para pelajar gambaran yang menarik tentang dunia sains dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Bagi sesetengah murid yang terlibat, ini adalah pengalaman kali pertama mereka keluar dari kampung mereka dan menaiki bas. Selepas makan tengah hari di Nyonya Colors, para pelajar dibawa ke kiosk coklat. Setiap kanak-kanak menerima beg “goodie” yang mengandungi sebotol Tinge, air mineral, mufin Massimo, Dunkin’ Donuts dan beg makanan yang cantik untuk melengkapkan acara pada hari tersebut.