PROJEK

Bantuan Kewangan: Penyelenggaraan Dewan Perhimpunan Sekolah (April 2014)

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kwang Hua ditubuhkan pada tahun 1955 yang dahulunya merupakan sekolah Cina persendirian. Selaras dengan dasar kerajaan, sekolah ini ditukarkan menjadi sekolah bantuan kerajaan pada tahun 1962. SMJK Kwang Hua merupakan sekolah kelas A yang mempunyai 3660 pelajar, 151 guru, dan 12 staf sokongan. Sekolah ini telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dimana banyak pelajar mendapat biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan yang lebih penting dalam pembangunan watak pelajar. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pelajar mendapat kemasukan ke universiti terkemuka di seluruh dunia.

Adalah menjadi harapan utama Yayasan Kossan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang terbaik. Oleh itu, Yayasan Kossan berbesar hati untuk memberikan sokongan kewangan dalam usaha menyelenggara dan menaik taraf Dewan Perhimpunan di SMJK Kwang Hua, Klang. Keadaan lantai yang rosak dan cat dinding yang mengelupas amat tidak sesuai untuk perhimpunan kanak-kanak serta acara-cara lain seperti ceramah, majlis, dan aktiviti-aktiviti lain. Dana juga diperlukan untuk mengganti lapisan bumbung dan penebat, pendawaian semula, dan menaik taraf penghawa dingin di dalam dewan.

Menerusi bantuan tersebut, pihak sekolah berupaya untuk membaik pulih keadaan dewan, mewujudkan persekitaran positif untuk kanak-kanak, dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada warga sekolah dalam memupuk dan menyediakan tempat pembelajaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak.

 

1 – Wikipedia 12 June 2016, at 20:20.