PROJEK
Projek Sosial: Giveaway Hari Raya YK
(April 2024)
Pada bulan April tahun ini, Giveaway Hari Raya anjuran Yayasan Kossan telah membawa kegembiraan kepada 200 pelajar kurang berkemampuan di empat buah sekolah iaitu SK Bukit Tinggi, SK Tambak Jawa, SK Pulau Indah dan SK Kampung Jawa 2. Lima puluh pelajar dari setiap sekolah telah dipilih untuk menerima kuih dan duit raya sempena menyambut musim perayaan ini.
Acara ini, yang diadakan bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, bertujuan untuk menyebarkan kegembiraan khususnya bagi anak murid yang memerlukan. Acara tersebut dijalankan untuk memupuk sifat memberi dalam masyarakat, serta mengingatkan tentang pentingnya peranan masyarakat dalam menyokong dan menceriakan para pelajar yang memerlukan semasa musim perayaan ini.
Memandangkan acara ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Yayasan Kossan, kami menjemput anda untuk menyertai kami dalam membuat perubahan. Kami mengalu-alukan sokongan dan bantuan anda. Sila hubungi kami untuk butiran lanjut.