PROJEK
Projek Sosial: YK Kids Persediaan untuk ke Sekolah – Separuh Pertama
(Mei 2024)
Antara acara Yayasan Kossan yang paling penting ialah projek “Persediaan untuk ke Sekolah”. Projek ini dijalankan untuk membantu pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan memperoleh bekalan sekolah. Untuk separuh pertama tahun ini, YK telah memilih tujuh sekolah untuk menyertai projek ini, iaitu:
- SK Sungai Binjai
- SK Abdul Samat
- SK Pulau Indah
- SJKC Tshing Nian
- SJKC Khai Tee
- SJKT Ladang North Hummock
- SJKT Vageesar
Seramai 205 pelajar dipilih untuk menerima sumbangan bagi separuh pertama tahun ini, di mana setiap pelajar diberikan beg sekolah, dua set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut hitam, dua pasang stokin, bekas pensel, set alat tulis, bekas air, dan bekas makanan.
Acara ini menunjukkan dedikasi kami ke arah menyokong pendidikan dan kesejahteraan untuk para pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan. Kami juga berharap usaha ini dapat membantu mereka memulakan tahun persekolahan dengan yakin sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memberi kepada masyarakat.
Fasa pemberian seterusnya akan dijalankan pada November 2024. Anda dialu-alukan untuk menghubungi kami untuk menyertai atau menyumbang kepada projek ini. Bersama-sama, kita boleh membina masa depan yang lebih cerah untuk pelajar-pelajar ini untuk memastikan pendidikan boleh diakses oleh semua.