PROJEK
Projek Sosial: YK Christmas Giveaway 2023
(Disember 2023)
Semasa musim Krismas, kasih sayang yang disalurkan ke rumah anak yatim dan golongan yang memerlukan membawa maksud yang mendalam. Bagi mereka yang tidak mempunyai keluarga, musim perayaan ini boleh menjadi masa yang mencabar kerana ia akan membawa kepada kesunyian dan isolasi. Oleh itu, Yayasan Kossan sentiasa berusaha untuk memeriahkan suasana dalam kalangan mereka yang memerlukan untuk memupuk rasa komuniti dan mengingatkan semua orang bahawa mereka dihargai dan dikecapi.
Tahun ini, YK menghormati tradisi Krismas dengan menganjurkan acara tahunan YK Christmas Giveaway. Tiga buah rumah telah dikunjungi, iaitu Grace Home for the Destitute, Rumah K.I.D.S, dan Guardian Angels Home untuk memberi hadiah Krismas kepada semua penghuni dan kakitangan. Selain itu, kami juga menyediakan makanan melalui bungkusan makan tengahari Krismas oleh Kenny Rogers dan Dunkin Donuts untuk menambahkan keceriaan kepada perayaan ini. Secara keseluruhan, 118 orang mendapat manfaat dari acara ini. Kami berharap agar anda juga akan menyertai usaha ini dengan murah hati untuk menyampaikan rasa keterikatan kepada mereka yang memerlukan.