PROJEK

Projek Sosial: Kami Sudah Kembali!

(Julai 2023)

Yayasan Kossan kembali dengan acara tahunannya, Karnival Kesihatan & Keselamatan. Majlis tersebut telah diadakan pada 22 & 23 Julai 2023 bertempat di dewan sekolah SJK C Pui Ying. Ini merupakan kali keempat Yayasan Kossan menganjurkan Karnival Kesihatan & untuk membuktikan kepentingan kesihatan dan keselamatan dalam kehidupan seharian kita.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran yang telah kita lalui, terutamanya dalam berhadapan dengan pandemik dan banjir yang telah mengganggu rutin harian. Walau bagaimanapun, kami menunjukkan ketabahan dan keazaman dalam menghadapi kesukaran. Karnival tahun ini dianjurkan untuk meraikan kemajuan kami dan memberi peringatan tentang kepentingan menjaga keselamatan.

Acara selama 2 hari dimulakan dengan sesi Zumba oleh Farie & Fried, diikuti dengan perasmian oleh Pengerusi Kossan, En. Shafeii, dan diiringi oleh Lembaga Pengarah dan Pemegang Amanah Yayasan Kossan.

Pempamer kami, terutamanya dari industri penjagaan kesihatan dan keselamatan antara lain, menawarkan perkhidmatan daripada pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian, penjagaan mata dan Perubatan Tradisional Cina (TCM). Selain daripada pemeriksaan kesihatan, kami juga mengadakan beberapa ceramah kesihatan dan keselamatan oleh para profesional mengenai topik keselamatan di tempat kerja, pemakanan yang baik, dan produktiviti dalam kehidupan seharian. Kami juga berbesar hati menerima kehadiran pasukan daripada pihak berkuasa, Jabatan Kebajikan Masyarakat (PKMD), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), yang memberikan perkongsian tentang cara membuat persediaan dalam menghadapi bencana alam.

Selain itu, kami turut bekerjasama dengan Pusat Darah Negara untuk menganjurkan kempen derma darah dalam acara 2 hari tersebut. Jumlah penderma untuk acara 2 hari itu adalah 125 orang.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kongsi dan penaja yang mengambil bahagian kerana menyertai acara ini dan berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka dengan masyarakat. Acara itu benar-benar meriah! Terdapat dua puluh enam (26) rakan kongsi yang mengambil bahagian dan enam puluh (60) sukarelawan yang menyertai dan menyokong acara tahun ini. Terima kasih kepada semua!