PROJEK
Projek Sosial: Derma Convotherm Combi Oven kepada Persatuan Kebajikan Love and Care Selangor
(September 2023)
Kepada mereka yang menggemari makanan (seperti rakyat Malaysia), hidangan lazat hasil air tangan “ibu” ataupun “home-cooked meals” merupakan salah satu nikmat kehidupan. Persatuan Kebajikan Love and Care Selangor adalah sebuah NGO yang berusaha untuk menyediakan makanan sebegini untuk golongan fakir dan miskin. Tiga tukang masak dan 10 sukarelawan NGO ini kerap bekerjasama pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat untuk menyediakan juadah yang dihantar ke tiga lokasi di Klang, iaitu Taman Kem, Pandamaran dan Sentosa. Secara keseluruhan, kira-kira 300 orang mendapat manfaat daripada sumbangan makanan yang mereka sediakan.
Untuk menyokong usaha mereka, kami telah menyumbangkan RM 50,000 untuk membeli ketuhar Convotherm C4 Easy Touch 10 dulang Combi Oven kepada NGO ini. Dengan kapasiti untuk memasak sebanyak 10 dulang makanan sekaligus, kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan penyediaan makanan bagi menyokong NGO tersebut.