PROJEK
Projek Sosial: “Adopt a Friend”
(Jun 2023)
Sebagai salah satu program tahunan Yayasan Kossan, program Adopt a Friend merupakan inisiatif yang diadakan dengan kerjasama Zoo Negara. Adopt a Friend membenarkan orang awam mengambil haiwan angkat di Zoo Negara dan dan memberi sumbangan untuk penjagaan makanan, pengayaan dan penjagaan veterinar mereka. Sebagai balasan, rakan angkat ini akan menerima sijil Adopt a Friend yang menyatakan haiwan pilihan mereka.
Tahun ini, YK menderma RM5,000 dan mengambil lima haiwan angkat: seekor singa, zirafah, kucing serval, kuda kecil dan memerang berkuku kecil. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu Zoo Negara menjaga haiwan-haiwan di sana dan terus menyediakan ruang untuk kanak-kanak dan keluarga untuk melihat dan meluangkan masa bersama haiwan hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh layari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html