PROJEK

Projek Sosial: Sumbangan kepada SK Tok Muda: Pasukan Bola Jaring

(Jun 2023)

Pada awal bulan Jun, YK meluaskan sumbangannya untuk menggalakkan aktiviti berkaitan sukan dalam kalangan belia di sekolah. Sekolah bandar SK Tok Muda di Kapar telah dikenal pasti untuk menerima bantuan bagi menyokong inisiatif mereka untuk menyertai sukan kompetitif di peringkat antara sekolah. SK Tok Muda yang sebelum ini tidak pernah mempunyai pasukan bola jaring telah membentuk pasukan baharu untuk bersaing dalam liga antara sekolah yang akan datang. Justeru, YK memberi sumbangan bagi memenuhi keperluan peralatan bola jaring sekolah tersebut dengan menderma 14 set jersi dan bib bola jaring, 1 set tiang dan jaringan bola jaring, dan sebiji bola.

Liga antara sekolah bakal bermula pada bulan Julai ini. YK berharap sumbangan ini dapat meningkatkan semangat para pemain apabila menggunakan peralatan baharu mereka. Selamat maju jaya!