PROJEK

Projek – Bantuan Sosial: YK Kids Bersedia ke Sekolah Bersama Adun Rawang

(Mei 2023)

Pada 7 Mei 2023, Yayasan Kossan telah menjalankan acara YK Kids Bersedia ke Sekolah bersama Adun Rawang di Selangor. Acara ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukan untuk memulakan tahun persekolahan baru, dan telah berlangsung dari 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari di Dewan MPPK Kampung Melayu, Rawang, Selangor. Acara ini dihadiri oleh Encik RK Suppiah (Naib Presiden Yayasan Kossan), YB Chua Wei Kiat (Adun Rawang), Puan Alice (Ahli Majlis Dun 15), dan Haji Zahariman (Ketua Kampung), bersama dengan 50 pelajar dan ibu bapa mereka.

Pelajar yang dikenalpasti adalah dari latar belakang kurang berkemampuan untuk memulakan tahun persekolahan baru. Pada permulaan acara, semua tetamu kehormat memberikan ucapan untuk meningkatkan semangat dan motivasi pelajar. Ini diikuti dengan upacara penyerahan sumbangan barang keperluan sekolah kepada pelajar-pelajar tersebut. Kami berharap agar sumbangan ini dapat meningkatkan semangat pelajar-pelajar ini. Semoga pelajar-pelajar ini kekal berjaya dan dapat memberi kesan positif kepada masyarakat suatu hari nanti.