PROJEK
Projek – Bantuan Sosial: Hari Raya YK 2023
(April 2023)
Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Pusat membeli-belah dipenuhi dengan lagu-lagu Raya, dan media sosial meriah dengan gambar ketupat, kuih raya dan persiapan umat Islam di Malaysia untuk menyambut perayaan ini. Namun, ketika kita sibuk dengan persiapan Raya, janganlah dilupa pada mereka yang kurang bernasib baik.
Baru-baru ini, sukarelawan dari Yayasan Kossan telah membuat sumbangan kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Tanjung Malim, sebuah pusat aktiviti yang menyediakan perkhidmatan pembangunan untuk warga emas. Mereka telah membentuk kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi kerajaan dan NGO lain di seluruh Malaysia untuk membantu warga emas.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, kami telah menyumbangkan pakej penjagaan yang terdiri daripada 5kg beras, 2kg minyak masak, 1kg tepung, sardin tin, kopi, dan mee hoon kepada semua 20 kakitangan Islam di PAWE. Kami menghargai PAWE atas kerja yang mereka lakukan dan berharap mereka akan teruskan usaha untuk menjaga orang-orang tua di Malaysia yang memerlukan.