PROJEK
Projek – Bantuan Sosial: Hadiah Tahun Baru Cina 2023
(Januari 2023)
Kita meraikan Tahun Arnab dalam kalendar Cina pada tahun ini, yang dianggap sebagai masa keamanan, ketenangan dan kemakmuran. Dalam budaya Cina, arnab juga dikaitkan dengan bulan dan ketahanan hidup, dan juga merupakan simbol kesuburan dan keberuntungan yang baik.
Untuk meraikan Tahun Baru Cina pada tahun ini, Yayasan Kossan telah mengaturkan kempen sumbangan ke tujuh rumah orang tua dan satu rumah anak yatim – dua daripada rumah tersebut terletak di Perak, manakala enam lagi terletak di Klang. Kami menghantar pelbagai bekalan keperluan seperti yang diminta oleh setiap rumah, termasuk buah oren mandarin dan murukku. Para sukarelawan juga menyediakan makan tengah hari istimewa untuk penghuni rumah-rumah tersebut, serta angpow sebagai simbol penghormatan, rasa terima kasih dan kasih sayang. Rumah-rumah yang menerima kunjungan kami ialah:
- “Aurora Elderly Care Centre”
- Rumah Orang Tua CKS
- Pusat Jagaan Orang Tua Lee Tiam Yew
- “Guardian Angel Home”
- “Beautiful Gate Foundation”
- “Stillwater Golden Villa Elder Care”
- Rumah Sejahtera Bidor
- Rumah Sejahtera Tanjung Malim
Kami di YK ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua. Semoga anda menikmati kemakmuran dan kemajuan yang mantap ke arah pencapaian yang tinggi, dan semoga anda dapat berkongsi hasil kerja keras anda dengan mereka yang memerlukan dan terus menyokong kami dalam melakukan perkara yang sama.