PROJEK

Bantuan Sosial: Sambutan Krismas @ D’Home (Disember 2022)

Dalam program Yayasan Kossan, kami sering mengumpulkan sejumlah besar sukarelawan untuk membawa keceriaan kepada insan-insan yang dihulurkan bantuan. Namun begitu, disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan, terdapat beberapa program yang boleh dijalankan dengan hanya beberapa orang sukarelawan sahaja. Dalam kes ini, perlu diingatkan bahawa apa yang penting adalah niat di sebalik setiap tindakan yang kita lakukan. Begitulah sambutan Krismas yang kami adakan di D’home, rumah orang tua di Klang, Selangor.

Untuk sambutan kali ini, hanya dua sukarelawan Yayasan Kossan dibenarkan menyertainya. Program tersebut bermula pada pukul 10 pagi dengan Encik Lourdes, penyelia rumah, menyambut kami dengan petikan gitar. Bersama-sama dengan penghuni rumah, kami menyanyikan lagu-lagu Krismas bersama-sama untuk membawa keceriaan dan kegembiraan. Seperti yang telah diatur, Santa Clause kemudiannya muncul selepas itu dan memberikan hadiah kepada semua orang. Pada jam 12 tengah hari, para penghuni dihidangkan dengan hidangan tengah hari Kenny Rogers yang lazat tajaan Yayasan Kossan untuk mengakhiri sambutan yang indah ini.