PROJEK
Bantuan Sosial: YK Kids Bersedia ke Sekolah 2022 – Batch Kedua (Disember 2022)
Permulaan penggal persekolahan semakin hampir! Selepas cuti sekolah hujung tahun tiga minggu serta cuti Krismas dan Tahun Baru, banyak keluarga yang telah mula menyibukkan diri untuk membuat persediaan awal bagi penggal persekolahan baharu. Sebagai kesinambungan daripada program sebelum ini, Yayasan Kossan menganjurkan satu lagi YK Kids Get Ready to School untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik dengan persiapan persekolahan anak-anak mereka.
Seramai 135 pelajar dari tujuh sekolah mendapat manfaat daripada program tersebut. Sekolah-sekolah itu ialah:
- SJKC Ijok
- SJKC Bagan Pasir
- SJKC Hai Ping
- SJKC Taman Rashna
- SK Kapar
- SJKT Ladang Jalan Acob
- SJKT Batu Ampat
Yayasan Kossan telah meminta pihak sekolah untuk memilih pelajar yang memerlukan untuk program ini. Kami berharap untuk meneruskan program ini sekali lagi pada tahun 2023. Jika anda berminat untuk mengambil bahagian, hubungi kami untuk maklumat lanjut.