PROJEK
Bantuan Sosial: Pembersihan Pantai Remis YK 2022 (November 2022)
Pantai Remis yang terletak di Jeram, Kuala Selangor, merupakan kawasan tumpuan pelancong dan lokasi percutian hujung minggu yang sering dikunjung oleh pelawat yang ingin menikmati deruan ombak yang mendamaikan dan angin dingin di tepi pantai berpasir. Ia adalah tempat popular di kalangan keluarga dan orang awam untuk berkelah dan berbarbeku serta menikmati pemandangan matahari terbenam di sebelah barat pantai tersebut. Namun, sebagai kawasan tumpuan pelancong, pantai ini juga mengalami pengumpulan sisa yang telah mencemari pantai tersebut.
Pada awal November 2022, seramai 33 sukarelawan Yayasan Kossan telah turun ke Pantai Remis untuk acara pembersihan pantai tersebut. Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan sarapan ringan dan senaman pagi. Para sukarelawan kemudiannya ditugaskan ke beberapa lokasi sekitar pantai tersebut untuk mula mengutip sampah. Pada jam 12.00 tengah hari, sejumlah 268.59kg sampah telah dikumpulan. Bayangkan, jumlah tersebut bersamaan dengan sekitar tiga ela kawasan pembuangan sampah!
Marilah kita sama-sama berusaha untuk melakukan bahagian kita untuk menjaga kebersihan pantai Malaysia. Bawa sampah anda pulang ke rumah, jangan buang sampah di merata tempat, dan jaga pantai negara kita!