PROJEK
Bantuan Sosial: Program Jalinan Kerjaya, Kesihatan dan Kasih Sayang bersama SJKC Pui Ying (Julai 2022)
Yayasan Kossan berbesar hati atas peluang untuk sekali lagi menganjurkan Karnival Keselamatan dan Kesihatan bersama SJKC Pui Ying dalam usahanya untuk mendekati masyarakat setempat. Program seharian ini telah melibatkan lebih 40 pempamer, termasuk daripada Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Klang, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Kempen derma darah anjuran Hospital Tengku Ampuan Rahimah turut dijalankan pada hari tersebut.
Dengan kegembiraan dan gelak tawa oleh kanak-kanak, dewasa dan warga emas yang hadir, pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan untuk memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan fizikal dan mental.
Seiring dengan tumpuan terhadap kesihatan dan kerjaya, para pelajar SJKC Pui Ying turut diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran keusahawanan mereka dengan menjual pelbagai jenis barangan dan makanan pada hari itu.