PROJEK
Bantuan Sosial: Haiwan Angkat 2022 (Julai 2022)
Apabila wabak COVID-19 melanda Malaysia pada Mac 2020, kesan penutupan dan penjarakan sosial ketara dirasakan khususnya di tempat tarikan awam. Zoo Negara adalah salah satu organisasi yang amat terkesan dengan penutupan penuh kerana pendapatan mereka hanya diperolehi daripada jualan harian tiket masuk. Yayasan Kossan telah menyalurkan bantuan dengan menyokong program anak angkat Zoo Negara sejak 2019.
Tahun ini, kami telah menderma RM10,000 dan telah mengambil 10 haiwan angkat iaitu panda, badak sumbu, burung enggang, harimau putih, penguin, harimau hitam, landak, gajah, lemur ekor cincin, rakun, dan lemur hitam putih.
Pandemik yang melanda negara kita telah menyaksikan rakyat Malaysia bersatu untuk menyokong Zoo Negara kita. Haiwan-haiwan di Zoo Negara telah diambil sebagai ‘anak angkat’ dan sumbangan berterusan telah diterima oleh rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib Zoo Negara kita. YK berharap usaha ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Anda dialu-alukan untuk melayari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menderma kepada Zoo Negara. Mari kita sama-sama menyokong usaha untuk menjaga dan memelihara haiwan dan planet kita untuk generasi akan datang.