PROJEK

Bantuan Sosial: YK Kelas Ceria (Mei – Jun 2022)

Dalam usaha untuk membantu orang lain, kami telah lama sedar bahawa usaha yang kecil mampu mengubah kehidupan seharian seseorang secara drastik. Usaha untuk memberi keselesaan di tempat seperti di sekolah adalah cara yang mudah tetapi berkesan untuk menceriakan hari pelajar dan guru.

YK Kelas Ceria ialah satu inisiatif yang direka untuk mencantikkan dan memberi keselesaan kepada bilik darjah di sekolah rendah. Pada Jun 2022, Yayasan Kossan telah menaja dan menggantikan meja dan kerusi yang rosak di lima sekolah, yang memanfaatkan 4,713 pelajar. Sekolah-sekolah berikut adalah:

  • SK Bukit Kapar (2,191 murid)
  • SJKT Ladang Highlands (1,103 pelajar)
  • SK Kapar (643 pelajar)
  • SK Pelabuhan Klang (775 pelajar)
  • SJKC Bagan Pasir (91 pelajar)

Secara keseluruhan, 50 set meja dan kerusi pelajar, 1 set meja dan kerusi guru, dan tin cat untuk mengecat bilik darjah telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah ini. Kami berharap agar usaha kecil ini akan membawa keceriaan dan keselesaan untuk menjadikan pembelajaran satu proses yang lebih menyeronokkan kepada murid-murid di sekolah ini.