PROJEK

Bantuan Sosial: Tajaan Lukisan Mural untuk Sekolah (Januari – Ogos 2022)

Grafiti pernah dicemuh oleh masyarakat sebagai sesuatu yang merosakkan bangunan dan alam sekitar. Namun, sebagai sebuah masyarakat, Malaysia kini telah mula menghargai seni mural yang dilukis di dinding bangunan. Pelukis mural di seluruh negara kini mula ditugaskan untuk menghidupkan kembali lorong dan dinding kosong di bandar-bandar dalam negara dengan lukisan mural yang pelbagai.

Sebagai langkah untuk menyambut pelajar kembali ke pembelajaran secara bersemuka berikutan pandemik COVID-19, Yayasan Kossan telah mengupah seorang pelukis untuk melukis mural yang menarik di dinding sekolah. Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan penghargaan terhadap seni jalanan dalam kalangan pelajar sekolah.

Dari bulan Januari hingga ke Ogos 2022, sekolah-sekolah yang menerima tajaan ini termasuk SJKC Ijok, SJKC Bagan Pasir, SJKC Hai Ping, SJKC Kampung Gurney, dan SJKC Aik Thee. YK juga telah menaja tin cat untuk menggalakkan sekolah mencantikkan kawasan taman mereka. Sebagai sebuah organisasi, kami berharap usaha ini akan terus menceriakan hari pelajar dan guru di sekolah-sekolah tersebut.