PROJEK

Bantuan Sosial: Perayaan Pesta Dumpling bersama Orang Tua dan Rumah Anak Yatim (Jun 2022)

Festival Perahu Naga ialah perayaan tradisional masyarakat Cina yang disambut pada awal Jun tahun ini. Dalam perayaan ini, dumpling biasanya dihidangkan untuk memperingati kepentingan besar naga dalam budaya Cina. Namun, Yayasan Kossan prihatin dan sedar bahawa tidak semua dapat meraikan dan menikmati perayaan ini. Dengan itu, kami memutuskan untuk membawa perayaan itu ke 10 rumah orang tua dan rumah anak yatim untuk berkongsi perayaan ini bersama mereka.

  1. Noble Care
  2. Sentosa Nursing Home
  3. CKS Old Folks Home
  4. Stillwater Golden Villa Elder Care
  5. Klang Coast Old Folks Home
  6. D’Home Nursing Home
  7. House Of Love
  8. Good Samaritan Home
  9. Padmasambhava
  10. Tiam Yam Toh Teng Old Folks Home

Secara keseluruhan, kami dapat melebarkan kasih sayang dan sambutan bersama 324 penerima dari lokasi yang disenaraikan di atas. Kami membawa dumpling, roti dan pelbagai jenis buah-buahan kepada rumah-rumah ini, dan kami dapat melihat senyuman di wajah mereka. Seujurnya, senyuman di muka-muka inilah yang mengingatkan kami mengapa kami suka membantu mereka yang memerlukan.

Hakikatnya, ramai yang menganggap perayaan ini sebagai perayaan untuk meraikan kesihatan. Bagi kami, usaha kami di sini adalah untuk membantu meringankan hati penerima, dan menunjukkan kepada mereka bahawa kami sentiasa mengambil berat tentang kesejahteraan mereka dan berharap mereka akan terus hidup sejahtera dan bahagia tanpa mengira keadaan.