PROJEK
Bantuan Sosial: Pembaikan Perabot Sekolah untuk Prasekolah Terjejas Banjir (Januari 2022)
Perabot yang rosak akibat air banjir tidak selalunya dapat diselamatkan. Malangnya, inilah yang berlaku kepada prasekolah SK Meru, di mana meja, kerusi, dan perabot sekolah tersebut tidak dapat diselamatkan akibat banjir yang melanda Selangor pada 18 Disember 2021. Dengan sektor pendidikan yang telah terjejas teruk akibat wabak COVID-19 yang melanda negara kita pada Mac 2020, kami tersentuh untuk menghulurkan bantuan kepada prasekolah ini dan meringankan beban yang mereka hadapi.
Yayasan Kossan dalam usaha untuk meringankan beban ini, telah menggantikan perabot prasekolah SK Meru yang rosak akibat banjir tersebut. Secara keseluruhan, kos RM5,000.00 telah dibelanjakan untuk membaik pulih sekolah ini.
Dengan misi kami untuk “Menjadikan Kehidupan Lebih Baik Untuk Semua”, bagi kami, tiada siapa akan diketepikan dalam misi kami. Warga emas, sekolah, anak yatim, malah, dalam hal ini, prasekolah yang telah mendedikasikan dirinya untuk mendidik masa depan generasi akan datang, semuanya bagi kami adalah insan-insan yang penting untuk dibantu, dan kami sentiasa terbuka untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan dalam apa jua cara yang kami mampu. Sesungguhnya, ia selaras dengan misi kami untuk mewujudkan peluang pendidikan yang sama rata untuk semua.