PROJEK
Bantuan Sosial: Sumbangan Tahun Baru Cina YK (Januari 2022)
Tahun baru 2022 melambangkan tahun singa bagi kalendar masyarakat Cina yang melambangkan kekuatan, keberanian dan menghapuskan kejahatan. Yayasan Kossan prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan bertindak untuk membantu mereka yang memerlukan. Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada Januari 2022, kami membawa kegembiraan dan perayaan kepada warga emas di lapan rumah warga emas sekitar Malaysia.
Tempat-tempat yang kami telah lawati ialah Beautiful Gate, Stillwater, Rumah Orang Tua Chong Keng Seong, Rumah Jagaan Sentosa, Rumah Orang Tua Chik Sin Tong, Rumah Good Samaritan, Rumah Sejahtera Bidor, dan Rumah Sejahtera Tanjung Malim.
Selain daripada barangan yang biasa diperlukan untuk penjagaan warga emas seperti beras, lampin, gula, biskut, dan barangan untuk pembersihan, kami juga menyumbangkan makanan dan barang perayaan CNY kepada 223 penerima. Tujuan kami, tidak lain, adalah untuk membawa senyuman di wajah mereka pada hari yang menggembirakan ini. Pek lunch Kenny Rogers, limau mandarin, dan angpow Tahun Baru Cina RM10.00 setiap satu juga diberikan kepada penghuni rumah-rumah jagaan warga emas ini.
Dengan kekuatan singa, kami gembira untuk menggunakan kekuatan kami untuk terus membantu mereka yang memerlukan dan membawa kegembiraan kepada mereka.
Selamat Tahun Baru Cina!