PROJEK
Bantuan Sosial: Bakul Makanan UTN dalam Membantu Mangsa Banjir (Oktober 2021)
Lawatan ke Kampung Delek bersama JKM Klang, ditemani oleh Penghulu, Tok Hasif dan juga Ketua Kampung, Tok Abdullah. Kampung ini telah dilanda banjir yang tidak dijangka disebabkan oleh hujan lebat pada 20 Oktober dan sejumlah 46 keluarga telah terkesan. Air naik sehingga ke paras pinggang dan ada sesetengah dari mereka tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda disebabkan air naik terlalu cepat dan berlaku di waktu malam. Yayasan Kossan menghantar bantuan dengan memberikan bakul makanan UTN untuk mengurangkan bebakan mereka, dan kami diberitahu bahawa penduduk kampung sangat gembira dengan bantuan yang diberikan.