PROJEK

Bantuan Sosial: Perayaan Kuih Bulan (September 2021)

Perayaan Kuih Bulan atau turut dikenali sebagai “Mid-Autumn Festival” disambut dalam bulan September tahun ini. Untuk membawa senyuman dan kegembiraan di dalam komuniti di waktu yang mencabar ini, Yayasan Kossan telah menyumbangkan Kuih Bulan, buah-buahan dan roti kepada 2 rumah anak-anak yatim, 2 rumah Orang Kurang Upaya(OKU) dan 2 rumah orang-orang tua, mencapai sejumlah 200 penerima.