PROJEK

Bantuan Sosial: Sumbangan Bakul Makanan Kepada Pertubuhan Kebajikan Mental Selangor (Jun 2021)

Pertubuhan Kebajikan Mental Selangor yang terletak di Petaling Jaya merupakan rumah kepada 70 penghuni dengan masalah mental. Rumah ini menjaga keperluan dan kebajikan pesakit-pesakit ini. Sama seperti rumah-rumah golongan yang kurang bernasib baik yang lain, mereka telah menerima sumbangan yang sangat sedikit dari orang awam dan memerlukan lebih bantuan sewaktu pandemik ini. Yayasan Kossan menyumbangkan 10 kotak Bakul Makanan dan 10 kampit beras kepada rumah ini untuk menyokong keperluan makanan asas mereka dalam mengharungi waktu yang kritikal ini.

Untuk mereka yang ingin membantu dan menderma, anda boleh lawati laman sesawang mereka di https://www.pkmentalselangor.org/