PROJEK

Bantuan Sosial: Sumbangan Hari Raya YK (April 2021)

Dengan slogan “Beraya Dengan Norma Baru” yang membawa maksud menyambut dengan penuh rasa tanggungjawab dan selamat dalam norma baru disebabkan oleh pandemik ini, Yayasan Kossan melancarkan Program Hari Raya. Tahun ini kami bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang dan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Tapah untuk mengagihkan sejumlah 150 Bakul Makanan Hari Raya kepada keluarga miskin dan kurang berkemampuan di Kawasan Klang dan Bidor.

Bakul Hari Raya mengandungi makanan tempatan yang seringkali menjadi juadah di musim perayaan seperti ketupat nasi, ketupat pulut, dodol, kuah kacang, serunding daging, kordial sirap, gula-gula kacang dan kek buah yang diletakkan dalam set hadiah Hari Raya Tupperware. Setiap keluarga turut menerima duit raya dan pelitup muka.

Dengan sokongan sukarelawan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Tapah, bakul Hari Raya telah berjaya dihantar ke setiap rumah sebelum tibanya hari perayaan.

Semua keluarga tersebut sangat berterima kasih dan menghadiahkan kami dengan senyuman yang hangat di wajah yang menjadikan tugasan kami sangat bermakna; untuk membantu mereka yang memerlukan terus menikmati kemeriahan sambutan perayaan walaupun di waktu yang sukar ini.