PROJEK
Bantuan Sosial: Program Bakul Makanan YK (Mac 2021)
Yayasan Kossan memulakan Program Bakul Makanan YK dalam bulan Mac tahun ini dengan kerjasama dari Great Heart Charity Association. Sejumlah 167 bakul makanan telah disumbangkan kepada 167 keluarga yang kurang berkemampuan.
Yayasan Kossan melancarkan Program Bakul Makanan YK pada 2020 ketika Malaysia dilanda dengan pandemik Covid-19. Banyak keluarga telah terjejas disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah digazetkan oleh kerajaan dalam bulan Mac 2020. Ada yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang berniaga secara kecil-kecilan terpaksa menutup perniagaan mereka. Ini adalah waktu yang sangat sukar kepada komuniti yang berpendapatan rendah. Bakul Makanan YK terdiri daripada barang-barang kering seperti beras, minyak masak, milo, tepung, gula, kicap, sos tiram dan makanan dalam tin yang mana menjadi keperluan utama dalam setiap keluarga.
Pengagihan telah dilakukan di Great Heart Charity Center dengan seramai 6 sukarelawan terlibat. Yayasan Kossan akan terus memberi bantuan kepada masyarakat setempat melalui program-program lain yang pelbagai.