PROJEK

Bantuan Sosial: Hadiah Hari Raya (Mei 2020)

Yayasan Kossan telah menyumbangkan hadiah Hari Raya kepada 100 pelajar kurang berkemampuan dari empat (4) buah sekolah. Sekolah-sekolah yang terpilih adalah Sekolah Kebangsaan Simpang 5 (1), Sekolah Kebangsaan Sementa, Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah dan Sekolah Kebangsaan Meru. Setiap pelajar menerima set lengkap baju Hari Raya, satu set ‘Tupperware’ berisi kuih raya dan duit raya.

Walaupun Hari Raya tahun ini tidak dapat disambut seperti biasa, namun kami harap semua pelajar akan bergembira dengan baju Hari Raya mereka.